Tuesday, April 26, 2011

=.="

Alkisah...

Seorang Arab Badwi telah datang kepada Rasulullah dan berkata kepada baginda..
"Ya Rasulullah! Aku ingin bezina. Izinkan aq berzina." Si Badwi ini telah meminta kebenaran daripada Rasulullah untuk berzina.

Para Sahabat yang berada di sekililing lantas bangun dengan marah. Saidina Umar yang terkenal dengan kekerasannya sudah pun bersedia untuk memancung kepala si badwi ini. huhuu..

Lantas Baginda berkata kepada kepada para sahabat supaya bertenang. Lalu Baginda memanggil kepada si Badwi tersebut supaya duduk di hadapan baginda dan berkata-kata kepada si Badwi itu..

* R : Rasulullah
*AB : Arab Badwi

R : Engkau suka x kalau ada orang berzina dengan mak engkau?
AB : Tidak.
R : Engkau suka x kalau ada orang bezina dengan kakak engkau?
AB : Tidak!
R : Kau suka x kalau ada orang berzina dengan adik perempuan engkau?
AB : Tidak!
R : Kau suka x kalau ada orang berzina dengan anak perempuan engkau?
AB : Tidak!
R : Begitulah juga dengan orang lain. Mereka juga tidak suka malah membencinya.!

Lalu Rasulullah memegang dada si Badwi tersebut dan berdoa "Ya Allah. Kau peliharalah si fulan daripada dosa dan bahaya zina."

Selepas insiden tersebut, si badwi berkata, "Setelah Rasulullah berdoa untukku, tiada yang lebih aku benci daripada zina."

No comments:

Post a Comment